HELAIAN PENDEDAHAN AM
Sila baca Helaian Pendedahan Am ini sebelum Anda membuat keputusan.
1. Apakah itu AmalQurban?
AmalQurban merupakan sebuah sekretariat di dalam Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) yang berfungsi sebagai badan pengurusan untuk Misi Kemanusiaan luar negara melalui pelaksanaan ibadah kurban dan akikah serta wakaf tunai untuk tujuan kebajikan dan manfaat ummah.
2. Apakah polisi yang ditetapkan oleh Yayasan Amal Malaysia di dalam memilih lokasi Misi Kemanusiaan tersebut?
Pelaksanaan ibadah kurban melalui AmalQurban adalah ber-motto-kan #feedthepoor (beri makan kepada golongan fakir & miskin) dengan menyantuni mangsa bencana kemanusiaan yang sangat memerlukan seperti kebuluran, peperangan, IDPs, pelarian, penyisihan lantaran penafian hak beragama terhadap masyarakat minoriti Islam di pelbagai pelusuk dunia.
Selain itu, lokasi berkaitan bakal membina rangkaian kerja dakwah serta program kemasyarakatan Yayasan Amal Malaysia dan rakan kolaborasi NGO luar negara.
3. Apakah jenis-jenis konsep Shariah yang digunapakai?
a. Wakalah
Merujuk kepada sebuah perjanjian melibatkan satu pihak sebagai pemilik harta (peserta) melantik pihak yang lain sebagai wakilnya untuk melaksanakan perkara tertentu yang disepakati bersama, sama ada dengan atau tidak dengan upah. Melalui kaedah ini, peserta melantik pihak pelaksana iaitu SAQ hanya dengan bayaran perlaksanaan sahaja tanpa upah dikenakan.
b. Ju’alah
Adalah perjanjian persetujuan peserta untuk menganugerahkan lebihan daripada caruman/bayaran kepada pihak yang dilantik sebagai wakil atas kejayaan atau pencapaian yang baik di dalam pengurusan perlaksanaan. Melalui kaedah ini, peserta berjanji dan bersetuju untuk menganugerahkan lebihan(sekiranya ada) kepada SAQ apabila perlaksanaan Misi Kemanusiaan berjaya diuruskan dengan baik bagi pihak peserta. Kekurangan caruman/bayaran dalam proses pelaksanaan akan ditanggung oleh SAQ.
c. Wakaf Tunai
Ialah berwakaf dengan menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan yang diamanahkan untuk mengurus wakaf ini bagi tujuan kebajikan dan manfaat ummah. Melalui Kaedah ini, peserta melantik SAQ sebagai pemegang Amanah bagi menguruskan wakaf tunai bagi tujuan pembelian Al-Quran, pembinaan Masjid dan pusat komuniti di kawasan pelarian umat Islam yang sangat memerlukan.
4. Apakah produk dan manfaat yang ditawarkan oleh AmalQurban?
Produk | Harga | Manfaat | Tempoh Tawaran |
---|
Qurban Kambing | RM490 | Membantu 70 individu | Semasa Aidiladha |
Aqiqah Kambing | RM490 | Membantu 70 individu | Sepanjang tahun |
Qurban Lembu Afrika | RM380 | Membantu 500 individu | Semasa Aidiladha |
Aqiqah Lembu | RM380 | Membantu 500 individu | Sepanjang tahun |
Qurban Unta | RM590 | Membantu 700 individu | Semasa Aidiladha |
Qurban Lembu dan Kerbau Malaysia | RM750 - RM1,000 | Untuk masyarakat miskin dalam negara | Sepanjang tahun |
Wakaf Tunai | RM30 | Membantu ganti Al-Quran lama di masjid | Sepanjang tahun |
Umum | - | Membantu pembinaan Masjid/pusat komuniti Islam | - |
Nota: Berdasarkan sumbangan 1.0kg per individu dari kadar berat purata binatang sembelihan
5. Apakah jenis upah dan caj yang perlu dibayar?
SAQ tidak mengenakan sebarang upah atau caj di dalam pelaksanaan qurban dan akikah. Caj perkhidmatan hanya dikenakan di dalam pelaksanaan wakaf tunai seperti berikut:
Pelaksanaan Wakaf Tunai | Kadar Caj Perkhidmatan |
---|
Al-Quran | RM8.00 |
Sumbangan Umum | 10% |
6. Bolehkan saya membatalkan penyertaan?
Kontrak penyertaan ini boleh dibatalkan oleh Anda pada bila-bila masa dengan memberi notis kepada SAQ sebelum tarikh tutup penyertaan. Proses bayaran balik dari pihak SAQ kepada peserta akan mengambil masa selama 5 – 10 hari bekerja.
7. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut?
Sekiranya anda mempunyai sebarang inkuiri, sila hubungi kami seperti berikut:
Sekretariat AmalQurban Yayasan Amal Malaysia
Kompleks Yayasan Amal Malaysia, Jln Muhibbah, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Email: admin@yayasanamalmalaysia.com
Web: amalqurban.com
SAQ adalah singkatan nama bagi Sekretariat AmalQurban
Yayasan Amal Malaysia adalah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966