HELAIAN PENDEDAHAN AM
Sila baca Helaian Pendedahan Am ini sebelum Anda membuat keputusan.
1. Apakah itu AmalQurban?
AmalQurban merupakan sebuah sekretariat di dalam Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) yang berfungsi sebagai badan pengurusan untuk Misi Kemanusiaan luar negara melalui pelaksanaan ibadah kurban dan akikah serta wakaf tunai untuk tujuan kebajikan dan manfaat ummah.
2. Apakah polisi yang ditetapkan oleh Yayasan Amal Malaysia di dalam memilih lokasi Misi Kemanusiaan tersebut?
Pelaksanaan ibadah kurban melalui AmalQurban adalah ber-motto-kan #feedthepoor (beri makan kepada golongan fakir & miskin) dengan menyantuni mangsa bencana kemanusiaan yang sangat memerlukan seperti kebuluran, peperangan, IDPs, pelarian, penyisihan lantaran penafian hak beragama terhadap masyarakat minoriti Islam di pelbagai pelusuk dunia.
Selain itu, lokasi berkaitan bakal membina rangkaian kerja dakwah serta program kemasyarakatan Yayasan Amal Malaysia dan rakan kolaborasi NGO luar negara.
3. Apakah jenis-jenis konsep Shariah yang digunapakai?
a. Wakalah (Perwakilan)
Merujuk kepada perjanjian di mana pembeli (peserta) melantik Yayasan Amal Malaysia sebagai wakil untuk melaksanakan tugas tertentu berkaitan agihan produk yang telah dibeli — seperti agihan daging Qurban, Al-Quran atau kemudahan telaga — bagi pihak pembeli.
Melalui kaedah ini, peserta membeli produk (haiwan Qurban, naskhah Al-Quran, atau pembinaan telaga) dan mewakilkan pelaksanaan atau agihan kepada Yayasan Amal Malaysia, sama ada di lokasi sasaran dalam atau luar negara.
b. Ju’alah (Ganjaran Prestasi – jika diperlukan)
Merujuk kepada satu bentuk perjanjian yang membolehkan Yayasan Amal Malaysia menerima lebihan sumbangan atau anugerah dari pembeli sekiranya mereka redha dan berpuas hati dengan pelaksanaan program, sebagai satu bentuk penghargaan.
Kaedah ini tidak bersifat wajib dan hanya berlaku apabila peserta secara sukarela memberikan lebihan (jika ada) selepas pembelian untuk menyokong pengurusan, logistik dan misi kebajikan yang dijalankan oleh Yayasan.
c. Jual Beli & Serahan Ikhlas untuk Agihan (Gantian kepada Wakaf Tunai)
Kaedah ini merujuk kepada pembelian sah sesuatu produk seperti Al-Quran atau telaga oleh peserta daripada Yayasan Amal Malaysia. Setelah pembelian, peserta diberi pilihan secara sukarela untuk menyerahkan semula produk tersebut untuk diagihkan kepada pihak memerlukan — sama ada sebagai wakaf atau sumbangan kebajikan — atas nama pembeli, dan bukan sebagai pemegang amanah wakaf.
Melalui kaedah ini:
Yayasan Amal Malaysia bertindak sebagai penjual dan pelaksana agihan, bukan sebagai pemegang amanah wakaf (nazir).
Peserta diberi pilihan untuk menyumbang/mewakafkan secara peribadi produk yang dibeli melalui agihan oleh Yayasan ke lokasi yang disasarkan.
Sebarang keuntungan hasil jualan adalah milik Yayasan dan akan digunakan untuk menampung kos operasi, logistik serta misi kebajikan lain.
4. Apakah produk dan manfaat yang ditawarkan oleh AmalQurban?
Produk | Harga | Manfaat | Tempoh Tawaran |
---|
Qurban Kambing | RM490 | Membantu 70 individu | Semasa Aidiladha |
Aqiqah Kambing | RM490 | Membantu 70 individu | Sepanjang tahun |
Qurban Lembu Afrika | RM380 | Membantu 500 individu | Semasa Aidiladha |
Aqiqah Lembu | RM380 | Membantu 500 individu | Sepanjang tahun |
Qurban Unta | RM590 | Membantu 700 individu | Semasa Aidiladha |
Qurban Lembu dan Kerbau Malaysia | RM750 - RM1,000 | Untuk masyarakat miskin dalam negara | Sepanjang tahun |
Wakaf Tunai | RM30 | Membantu ganti Al-Quran lama di masjid | Sepanjang tahun |
Umum | - | Membantu pembinaan Masjid/pusat komuniti Islam | - |
Nota: Berdasarkan sumbangan 1.0kg per individu dari kadar berat purata binatang sembelihan
5. Apakah jenis upah dan caj yang perlu dibayar?
SAQ tidak mengenakan sebarang upah atau caj di dalam pelaksanaan qurban dan akikah. Caj perkhidmatan hanya dikenakan di dalam pelaksanaan wakaf tunai seperti berikut:
Pelaksanaan Wakaf Tunai | Kadar Caj Perkhidmatan |
---|
Al-Quran | RM8.00 |
Sumbangan Umum | 10% |
6. Bolehkan saya membatalkan penyertaan?
Kontrak penyertaan ini boleh dibatalkan oleh Anda pada bila-bila masa dengan memberi notis kepada SAQ sebelum tarikh tutup penyertaan. Proses bayaran balik dari pihak SAQ kepada peserta akan mengambil masa selama 5 – 10 hari bekerja.
7. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut?
Sekiranya anda mempunyai sebarang inkuiri, sila hubungi kami seperti berikut:
Sekretariat AmalQurban Yayasan Amal Malaysia
Kompleks Yayasan Amal Malaysia, Jln Muhibbah, Kg Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Email: admin@yayasanamalmalaysia.com
Web: amalqurban.com
SAQ adalah singkatan nama bagi Sekretariat AmalQurban
Yayasan Amal Malaysia adalah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966